Showing posts with label falsafah. Show all posts
Showing posts with label falsafah. Show all posts
Saturday, December 26, 2009 2 Coretan

#53 ♥ Andainya Perempuan Tahu~ ♥


Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…

Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini… Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa… yang lain hanya kawan

Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari… maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja… .Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…

Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!


p/s: Aku pon xbrape tahu ttg lelaki..tapi.. aku kan cube utk setia padanya.. aku xkan buat apa yg die xsuke.. aku syg die..aku syg die.. syg sgt… maafkan i kalau i ade lukakan hati u… semua perempuan xsama wlpon mereka sama jantina… :D

4 Coretan

#52 ♥ Fahamilah WANITA ♥


Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.

Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya,
tebalkanlah ia dengan ilmu.

Hati serapuh kaca,
kuatkanlah ia dengan iman.

Perasaan selembut sutera,
hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.
Ia bukan diskriminasi Allah.Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah…

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya,
Pasti tidak akan terhibur,
dan tidak akan menghiburkan.
Tanpa iman,
ilmu dan akhlak,
mereka tidak akan lurus,
Bahkan akan semakin membengkok.
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya…

Bila wanita menjadi derhaka,
pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara.
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata!
Tapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi,
pimpinlah diri kepadanya.
Jinakkan diri kepada Allah.
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah.

p/s: ~ Kita saling memerlukan~ :D

♥ Jejaka dan Jelita ♥

 
;